Previous Post
Signboard dah ada.
WhatsApp dah ada.
Facebook mungkin dah ada.
Customer pun dah ada.
Tapi website sendiri?
Ramai pemilik bisnes dah berniaga bertahun-tahun, tetapi masih bergantung sepenuhnya kepada WhatsApp, Facebook, Instagram atau marketplace.
Tak salah.
Platform-platform ini memang membantu.
Tetapi ada satu perbezaan besar.
Platform itu milik orang lain. Website anda milik bisnes anda.
Bayangkan seseorang baru dengar tentang bisnes anda.
Apa perkara pertama yang dia mungkin buat?
Dia Google nama bisnes anda.
Dia mahu tahu siapa anda, apa yang anda jual, lokasi, servis, harga atau cara untuk menghubungi anda.
Kalau semua maklumat ini berselerak di Facebook, WhatsApp dan beberapa platform lain, customer terpaksa mencari sendiri.
Website mengumpulkan semuanya di satu tempat rasmi.
Website yang baik boleh menjadi:
Sebab itu kami tidak melihat website sekadar sebagai beberapa halaman di internet.
Kami melihatnya sebagai aset digital bisnes.
Website bukan hanya untuk syarikat besar.
Malah, untuk bisnes kecil, website boleh membantu anda kelihatan lebih established daripada saiz sebenar operasi anda.
Customer mungkin tidak tahu anda bekerja seorang, mempunyai tiga pekerja atau tiga ratus pekerja.
Apa yang mereka nampak dahulu ialah bagaimana bisnes anda dipersembahkan.
Website yang kemas, jelas dan profesional membantu membina keyakinan itu.
Domain?
Hosting?
WordPress?
SEO?
SSL?
Kalau semua perkataan ini kedengaran pening, tak mengapa.
Anda tak perlu menjadi orang IT untuk mempunyai website.
Sama seperti anda tidak perlu tahu membina enjin untuk memandu kereta.
Yang penting ialah tahu apa yang bisnes anda perlukan.
Bahagian teknikal boleh dibantu.
Buka Google sekarang dan cari nama bisnes anda.
Kemudian lihat hasilnya sebagai seorang customer.
Adakah anda puas hati dengan apa yang mereka nampak?
Kalau jawapannya belum, mungkin sudah tiba masanya membina rumah rasmi bisnes anda di internet.
Bina website. Jadikan ia aset digital bisnes anda.
Ada soalan? Jom WhatsApp