Nak ada website sendiri, tapi bila mula cari di internet keluar macam-macam istilah.
Domain. Hosting. WordPress. SSL. Email. Design.
“Jadi… aku kena mula yang mana dulu?”
Sebenarnya, tak perlu tahu semuanya.
Sebelum fikir tentang teknologi, tanya satu soalan mudah:
Website ini nak buat apa untuk bisnes saya?
Mungkin anda cuma perlukan website company supaya pelanggan boleh semak bisnes anda.
Atau anda mahu paparkan servis, kumpul enquiry, jual produk, terima tempahan atau bina keyakinan pelanggan.
Bila tujuan jelas, lebih mudah menentukan website yang diperlukan.
1. Domain
Domain ialah alamat website anda. Contohnya namabisnesanda.com.
Sebaiknya gunakan nama yang mudah disebut, mudah diingat dan berkaitan dengan bisnes anda.
2. Hosting
Hosting ialah tempat website anda disimpan supaya ia boleh diakses melalui internet.
Anda tak perlu menjadi pakar hosting. Yang penting, gunakan hosting yang sesuai dengan keperluan website.
3. Website
Inilah aset digital yang pelanggan akan lihat.
Ia perlu menerangkan dengan jelas siapa anda, apa yang anda tawarkan dan bagaimana pelanggan boleh mengambil tindakan.
Website yang cantik memang bagus.
Tetapi website bisnes sepatutnya melakukan lebih daripada itu.
Ia boleh menjadi tempat pelanggan mengenali bisnes anda, melihat servis, membaca maklumat, menghubungi anda dan membuat keputusan.
Sebab itu kami melihat website sebagai aset digital.
Bukan sekadar satu lagi akaun di internet.
Anda tak perlu belajar coding atau memahami semua teknologi sebelum mempunyai website.
Mulakan dengan perkara paling penting:
Bisnes anda + tujuan website + apa yang pelanggan perlukan.
Bahagian teknikal boleh dibina langkah demi langkah.
Bisnes dah ada?
Sekarang bina rumah digital milik bisnes anda sendiri.
Ada soalan? Jom WhatsApp