- September 10 2026
- admin
Ramai pemilik bisnes terus fikir tentang logo, website, content dan iklan apabila mahu mengembangkan bisnes secara online.
Tetapi ada satu langkah penting yang sepatutnya dibuat terlebih dahulu — Market Research.
Dalam sesi pertama bersama Abg Ismail, founder IA Coffee, kami tidak terus membina website. Kami bermula dengan memahami market, pelanggan dan peluang sebenar yang ada dalam bisnes.
Kenapa Market Research Penting Sebelum Bina Website?
Website yang cantik belum tentu menghasilkan pelanggan.
Sebelum kita menentukan design, copywriting, offer atau menjalankan iklan, kita perlu memahami beberapa perkara asas:
- Siapa pelanggan yang kita mahu?
- Apakah masalah yang mereka sedang hadapi?
- Apakah yang mereka sebenarnya mahukan?
- Kenapa mereka perlu memilih produk kita?
- Siapa competitor yang sudah berada dalam market?
Market research membantu kita membuat keputusan berdasarkan market sebenar, bukan sekadar andaian sendiri.
Framework Mudah: SIAPA → SAKIT → NAK APA
Dalam TukangWebsite.com, antara framework mudah yang digunakan untuk memahami customer ialah:
1. SIAPA – Target Market
Kita perlu tahu dengan lebih jelas siapa bakal pelanggan.
Bukan sekadar mengatakan “produk ini sesuai untuk semua orang.”
Semakin jelas siapa customer kita, semakin mudah untuk menentukan branding, content, offer dan marketing yang sesuai.
2. SAKIT – Pain Point
Seterusnya kita perlu memahami masalah, kekecewaan atau cabaran yang sedang dialami oleh customer.
Soalan penting ialah:
“Apakah masalah yang menyebabkan mereka mula mencari produk atau penyelesaian seperti yang kita tawarkan?”
3. NAK APA – Desire
Customer bukan sekadar membeli produk. Mereka membeli hasil, pengalaman atau perubahan yang mereka mahukan.
Sebab itu kita perlu memahami apakah outcome yang sebenarnya mereka cari selepas menggunakan produk kita.
Case Study: IA Coffee
Dalam sesi Market Research ini, kami menggunakan IA Coffee sebagai projek sebenar.
Kami mula melihat bisnes daripada perspektif customer — siapa yang berpotensi membeli, masalah mereka, apa yang mereka mahukan dan bagaimana IA Coffee boleh diposisikan dengan lebih jelas dalam market.
Daripada research inilah nanti kita boleh menentukan dengan lebih tepat:
- Positioning IA Coffee
- Branding
- Content
- Website
- Offer
- Marketing
- Strategi mendapatkan pelanggan
Gunakan AI Untuk Customer Research
Hari ini proses market research juga boleh dipercepatkan dengan bantuan AI seperti ChatGPT.
Antara perkara yang boleh dikaji ialah:
- Kekecewaan customer
- Keinginan customer
- Impian customer
- Ketakutan customer
- Bantahan sebelum membeli
- Idea content berdasarkan masalah customer
AI bukan menggantikan pemahaman terhadap customer. Sebaliknya, AI membantu kita mempercepatkan proses research, menyusun idea dan melihat lebih banyak kemungkinan.
Study Competitor — Bukan Untuk Copy
Kita juga perlu melihat apa yang sudah berlaku dalam market.
Perhatikan website competitor, produk, harga, offer, content, review pelanggan dan cara mereka menjual.
Tujuannya bukan untuk meniru bulat-bulat.
Prinsip yang digunakan ialah:
TIRU + INOVASI = TIRUVASI
Kita belajar daripada apa yang sudah terbukti dalam market, kemudian tambah baik dan bina sesuatu yang lebih sesuai dengan bisnes sendiri.
Dari Market Research Kepada Aset Digital
Market research bukan sekadar satu latihan sebelum buat website.
Ia menjadi foundation kepada keseluruhan aset digital bisnes.
Apabila kita sudah jelas tentang SIAPA → SAKIT → NAK APA, maklumat tersebut boleh diterjemahkan kepada:
Website + Message + Offer
Selepas foundation ini jelas, barulah kita bergerak step by step kepada branding, AI, automasi, pembangunan website dan marketing.
🎥 Tonton Rakaman: Kelas Market Research IA Coffee
Dalam rakaman ini anda boleh melihat bagaimana proses Market Research dilakukan secara praktikal bersama IA Coffee.
Bina Website Sebagai Aset Digital, Bukan Sekadar Website
Di TukangWebsite.com, fokus kami bukan sekadar menghasilkan sebuah website.
Kami membantu pemilik bisnes memahami dan membina aset digital sendiri melalui gabungan:
Website • AI • Automasi • Marketing • Aset Digital
Matlamat akhirnya ialah membina sistem digital yang boleh membantu bisnes mendapatkan visibility, leads dan pelanggan secara lebih sistematik.
Jangan tunggu semuanya sempurna untuk bermula.
IDEA → SENTUH → SIAP 🚀